Lelaki Myanmar parah tersepit kemalangan babit dua lori

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan kepala dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Silk pada Khamis.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan kepala dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Silk pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki warga Myanmar parah dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) di sini pada Khamis.

Mangsa merupakan lelaki berumur 27 tahun itu dipercayai memandu sebuah lori jenis Mitsubishi merempuh sebuah lori lain di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian terbabit pada jam 12.12 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.40 tengah hari.

"Mangsa terlibat lelaki warga Myanmar merupakan pemandu salah sebuah lori terlibat yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan kepala itu kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!