Laporan polis: Ahmad Zahid sedia disiasat
Ahmad Zahid. - Foto Bernama.
A
A
A
"Jadi saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara kerajaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid menyifatkan laporan berkenaan sebagai aduan politik.
"Masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Aduan polis tidak menyelesaikan masalah. Mereka (Bersatu) mahu mempertahankan diri, tetapi tiada kemampuan,” katanya.
Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Anwar yang juga Presiden PKR, berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!