'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni

Hasni ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk 'UMNO: Pemilihan Janjikan Pemulihan' yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Hasni ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk 'UMNO: Pemilihan Janjikan Pemulihan' yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Ujar Hasni, pendekatan melontarkan pandangan dan komen melalui media sosial itu tidak dinafikan mempunyai kesan tersendiri namun, beliau lebih yakin dengan pendekatan tradisional iaitu bersemuka secara terus dengan pemimpin-pemimpin lain.

"Tak guna kita hebat di media sosial sahaja tetapi di meja perbincangan itu, kita tidak berani untuk suarakan (pandangan), kerana kita nak jaga hati atau kedudukan.

"Cara media sosial ini baik, tidak ada sesiapa yang dapat menafikan ia sebagai medium yang berkesan dari segi kita hendak mengetengahkan idea, pandangan dan pendapat.

"Tetapi pendekatan secara bersemuka menggunakan meja perundingan sebagai cara untuk mencapai keputusan itu adalah sentiasa menjadi kaedah yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk 'UMNO: Pemilihan Janjikan Pemulihan' yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Hasni ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk 'UMNO: Pemilihan Janjikan Pemulihan' yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Hasni ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk 'UMNO: Pemilihan Janjikan Pemulihan' yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi UMNO Johor itu berkata, pemimpin itu disifatkan sebagai tukang masak yang perlu menyediakan 'resipi' kepimpinan sendiri untuk memenuhi cita rasa rakyat.

"Saya harap sebagai tukang masak ini, 'hidangan' yang dapat saya berikan kepada ahli parti dan pengundi di luar sana itu adalah sesuatu yang memenuhi selera mereka.

"Lebih-lebih lagi kalau saya sediakan dengan cara tradisional, itu saya boleh jamin cara untuk kembalikan semula keyakinan pengundi kepada pucuk pimpinan parti ini," ujarnya.

Menurutnya, sebagai pemimpin pastinya tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan pilihan keputusan yang sukar.

"Ia kerana sudah menjadi kelaziman manusia ini mereka akan memilih pendekatan yang mudah.

"Pilihan yang susah ini, memerlukan banyak keberanian," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!