Negeri Sembilan FC lakar kemenangan sulung atasi TFC
NEGERI Sembilan FC (NSFC) meraih kemenangan sulung apabila menundukkan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam pertembungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Khamis.
Kelebihan beraksi di laman sendiri telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad Hobin Jang Hobin itu apabila pemain import Levy Clemen Madinda menyumbang gol pertama pada minit ke-29 permainan.
Bagaimana kemenangan itu tidak berpanjangan apabila anak buah Tomislav Steinbruckner menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi sepakan sudut Adisak Kraisorn.
Namun asakan demi asakan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Casagrande menewaskan penjaga gawang skuad Penyu dengan jaringan kedua buat NSFC pada minit ke-67.
TFC yang berusaha keras untuk mendapatkan gol tambahan dengan serangan bertali arus bagaimanapun gagal apabila Sikh Izhan Nazrel bertindak cemerlang mengawal gawang.
Keputusan 2-1 milik Negeri Sembilan kekal sehingga ke wisel penamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!