Tanggung kesakitan sebelum tewas

Beregu lelaki negara akur tewas kepada pasangan Indonesia pada pusingan kedua Seluruh England pada malam Khamis. Foto Badminton Photo.
Beregu lelaki negara akur tewas kepada pasangan Indonesia pada pusingan kedua Seluruh England pada malam Khamis. Foto Badminton Photo.
A
A
A

PUJIAN harus diberikan kepada pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin yang menampilkan aksi juang tinggi dalam pusingan kedua kejohanan Seluruh England pada Khamis malam.

Yew Sin yang mengalami kecederaan di lutut selepas terjatuh pada set kedua tetap meneruskan pemainan bersama pasangannya, Teo Ee Yi.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 18-21-18-21.

Biarpun memberi tentangan sengit, namun pengalaman memisahkan mereka dalam aksi yang berlangsung selama 44 minit itu.

Sebelum ini, Ee Yi-Yew Sin yang turun sebagai pilihan kelapan menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin pada pusingan pertama.

Dalam pada itu, nasib sama turut dialami beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga tersungkur dalam pusingan kedua.

Mereka yang berada di ranking keenam dunia itu kalah 12-21, 21-11, 21-19 kepada naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun dalam aksi yang berlangsung selama sejam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!