Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah
JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Khamis.
Menerusi laman sesawang kejohanan, https://www.uci.org/, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang wakil Jepun Shinji Nakano dalam aksi final berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.
Nakano yang mencatat masa 10.613s meraih emas manakala pingat gangsa dibawa pulang rakan senegaranya Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686 saat.
Kejohanan yang bermula pada Rabu itu berakhir hari ini dan akan beralih ke Milton, Kanada pada 20 hingga 23 April ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!