Petal Ads ruang pemasaran digital terkini Huawei

Lima dari kiri: Nick Zhao dan Iskandar Mirza pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Lima dari kiri: Nick Zhao dan Iskandar Mirza pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.
A
A
A

BAGI memenuhi kehendak pasaran rantau ini, platform pengiklanan mudah alih terkenal Huawei Ads dijenamakan semula sebagai Petal Ads dengan dilengkapi ciri lebih inovatif mengakses maklumat.

Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih Huawei Malaysia, Nick Zhao berkata penjenamaan semula Huawei Ads ini memberi pengalaman baharu peranan Internet dan landskap digital.

Nick Zhao - Foto Sinar Harian HALIM WAHID
Nick Zhao - Foto Sinar Harian HALIM WAHID

Menurutnya, maklumat dan dan info berkaitan perniagaan, pemasaran dapat diakses dengan mudah dan meluas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Ini membuka peluang perniagaan berkembang ditambah dengan kemasukan ribuan pelancong asing terutama dari China, bagaimana pemain industri dan rakan kongsi tempatan dapat mencapai kumpulan pengguna khususnya di rantau Asia Pasifik.

“Paling penting Petal Ads mampu membuat pemasaran mudah alih terbaik dengan meningkatkan prestasi pengiklanan kekal mendahului pesaing selain membantu meneroka pertumbuhan baharu perniagaan anda,” katanya pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Tiga dari kiri: Nick Zhao dan Iskandar Mirza pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Tiga dari kiri: Nick Zhao dan Iskandar Mirza pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Huawei Apac Region, Sean Kok; Ketua Petal Ads, Huawei Apac Region, Kevin Zhang; Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Iskandar Mirza - Foto Sinar Harian HALIM WAHID
Iskandar Mirza - Foto Sinar Harian HALIM WAHID

Sementara itu Iskandar mengucapkan tahniah kepada Petal Ads yang turut membantu menyumbang kepada kehadiran pelancong dari China ke Malaysia menerusi platform pengiklanan digital.

“Untuk tahun 2023 khususnya, Tourism Malaysia telah menetapkan pelbagai program dan aktiviti promosi secara fizikal dan maya, khusus untuk pasaran China.

“Ini termasuklah menghebahkannya menerusi media sosial dan platform utama dengan Tourism Malaysia kini aktif di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok,” katanya

Iskandar berkata, untuk promosi di Weibo dan WeChat ia diuruskan oleh pejabat Tourism Malaysia di Shanghai, Beijing dan Guangzhou.

“Untuk 2023, kami menyasarkan menerima kehadiran 16.1 juta pelancong antarabangsa yang bakal menjana pendapatan negara berjumlah RM49.2 bilion yang sebahagiannya disumbang menerusi kemasukan pelancong dari China,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!