Mahkamah arah Lans Koperal tembak isteri jalani pemeriksaan mental

Laporan Sinar Harian 5 Mac lalu.
Laporan Sinar Harian 5 Mac lalu.
A
A
A

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat mengarahkan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dituduh membunuh isterinya menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail agar Mohamad Nizarman Hassim, 27, menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Nizarman yang memakai t-shirt berwarna merah dilihat beberapa kali mengesat air mata dan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Dia didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara jam 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh menembak mati isterinya di bilik tidur utama rumah keluarga mangsa. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!