Pembangunan Kampung Baru perlu libatkan pemilik tanah

Syed Badli Shah Syed Osman
Syed Badli Shah Syed Osman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Segala rundingan dan cadangan pembangunan Kampung Baru perlu melibatkan pemilik tanah bukannya pihak yang hanya mengaku mewakili pemilik.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, rundingan secara terus antara kerajaan dan pemilik tanah akan memudahkan kerajaan mengenal pasti hasrat sebenar mereka.

“Saya yakin rata-rata pemilik ingin lihat tanah mereka dimajukan. Tawaran yang baik dengan membawa manfaat secara bersama akan menarik minat mereka untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk pembangunan.

“Justeru, segala tawaran dan keuntungan masa hadapan haruslah dibincang secara dua hala demi mencapai kata muafakat untuk melihat Kampung Baru dimajukan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, beliau yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata, hasrat kerajaan membangunkan tanah Kampung Baru secara bersepadu dan terancang adalah sesuatu yang sangat baik demi masa depan imej kawasan tersebut.

Katanya, perancangan disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dilihat positif dalam merealisasikan impian untuk melihat Kampung Baru dimajukan.

“Tentunya cadangan ini menepati matlamat untuk melihat kawasan tersebut dibangunkan secara menyeluruh dan bukannya secara terpencil oleh sesetengah kelompok pemilik.

“Pembangunan secara menyeluruh dan terancang akan lebih mudah dilaksanakan berbanding perancangan yang hanya melibatkan sesetengah kelompok kecil pemilik tanah.

Artikel Berkaitan:

“Namun demikian segala rundingan dan cadangan pembangunan haruslah melibatkan pemilik tanah secara terus tanpa melibatkan badan-badan yang mengaku mewakili mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Wilayah perlu RM10 bilion jika nak beli tanah Kampung Baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!