Palace pecat Vieira

Vieira gagal membantu Palace meraih sebarang kemenangan dalam saingan EPL musim ini. Foto AFP
Vieira gagal membantu Palace meraih sebarang kemenangan dalam saingan EPL musim ini. Foto AFP
A
A
A

NASIB malang buat Patrick Vieira apabila dipecat sebagai jurulatih Crystal Palace pada Jumaat susulan prestasi terumbang-ambing kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kebelakangan ini.

Pemecatan bekas pemain tengah Arsenal dan Perancis itu dimaklumkan oleh pengerusi kelab, Steve Parish.

“Dengan penuh rasa kesal keputusan yang sangat sukar ini sudah dibuat,” ujar Parish.

Keputusan tersebut dibuat dalam keadaan yang sukar, namun demi kebaikan kelab ia perlu dilakukan segera akan Palace kekal bersaing di EPL pada musim depan.

“Keputusan (perlawanan) dalam beberapa bulan kebelakangan ini meletakkan kami dalam kedudukan liga yang tidak menentu.

“Kami merasakan perubahan perlu untuk memberi kami peluang terbaik untuk mengekalkan status di EPL,” ujar Parish.

Palace ketika ini berada di tangga ke-12 dan hanya mencatat satu kemenangan daripada 14 perlawanan liga.

Parish berkata, proses untuk melantik pengurus baharu sedang diusahakan.

Turut meninggalkan Selhurst Park ialah tiga staf kejurulatihan Vieira iaitu Osian Roberts, Kristian Wilson dan Said Aigoun.

“Patrick (Vieira) sudah memberikan segala-galanya kepada kelab ini. Kami berterima kasih kepadanya serta pasukan di atas perkhidmatan yang diberikan,” kata Parish.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!