Aman Central lancar kempen Sesuci Lebaran

Ken (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan penari selepas pelancaran Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.
Ken (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan penari selepas pelancaran Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR - Pusat beli-belah terkemuka di Kedah, Aman Central melancarkan kempen 'Sesuci Lebaran' bermula 17 Mac hingga 1 Mei depan sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Pemasaran Kanan Aman Central, Ken Chin berkata, Ramadan dan Syawal merupakan salah satu musim paling dinanti-nantikan yang mendorong mereka untuk membawa keajaiban ke pusat beli-belah itu.

Beliau berpandangan, musim ini juga adalah masa paling sesuai pada setiap tahun untuk mencipta kenangan baharu dan menikmati saat indah bersama rakan dan keluarga.

"Susulan itu, pelbagai pakaian berfesyen, barang kemas, aksesori, solekan dan perhiasan untuk persiapan raya disediakan bersempena kempen Suci Lebaran di Central Atrium Aman Central termasuklah reruai Armaan, Fana Couture, Ozella x Marshmallowscarf, ZH.Co, Raifili World, Ceritera, Butik Enara, G'Ayu Collection, Jannahnoe, Bulan Bintang, Byreefa, Elrah Exclusive, Fazura dan Batik A&R.

Ken berucap pada pelancaran Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.
Ken berucap pada pelancaran Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.

"Tidak ketinggalan, terdapat reruai Aranni Exclusive, Hijabers Fever, De Impiana, Rinaa Exclusive, Bella Park, Qamraa, Femmes Cookies, Rijal & Co., Zaira Boutique, Kassyaf Exclusive, Jadore Boutique, Furby and Sugar, Jora, Ara, Nabella Butik, Attaqi Exclusive, Wenna Boutique dan Shah Boutique di North Atrium Aman Central," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap sempena pelancaran Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ken, kempen Sesuci Lebaran turut dimeriahkan dengan Peraduan Sesuci Tik Tok, penebusan paket hari raya, penebusan ganjaran mewah Sesuci Lebaran dan Bengkel Sesuci Lebaran.

Antara lain, kata beliau, pengunjung berpeluang menyaksikan aneka persembahan menarik seperti Senandung Raya, Jom Balik Raya, Syukur Lebaran; Jom Riuh Raya, Raya di Alaf Baru, Seronok Raya; Kenangan Aidilfitri, Dendang Perantau, Keindahan Beraya di Desa serta Selfie Raya, Riang Ria Raya, Anugerah Raya Baru.

Ken memberitahu, pihak mereka membawakan dekorasi struktur binaan bermotifkan Islamik bersama kristal dan warna biru diraja dan biru langit serta bunga berwarna putih.

Beliau berkata, keseluruhan hiasan putih dan biru ini mencipta ruang yang dipenuhi harta karun untuk keluarga dan rakan-rakan untuk merasai suasana moden dan eksklusf serta sudut bergambar.

Ken (dua dari kiri) bersama beberapa tetamu kehormat selepas melakukan gimik pelancaran bersempena kempen Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.
Ken (dua dari kiri) bersama beberapa tetamu kehormat selepas melakukan gimik pelancaran bersempena kempen Sesuci Lebaran di Aman Central, di sini, pada Jumaat.

"Sehubungan itu, pengunjung pusat beli-belah ini dialu-alukan menikmati tawaran terbaik dan menyaksikan persembahan tradisional hingga kontemporari, sekaligus berpeluang menikmati hiasan menarik dan peluang merakamkan fotografi dengan tema unik iaitu Sesuci Lebaran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ken memberitahu, Aman Central telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara sejak dua bulan lepas, yang mana ia menyamai Januari dan Februari 2019.

"Berada di sini (Aman Central) hari ini adalah satu pencapaian hebat yang patut kita semua raikan kerana kita telah menyesuaikan diri dengan cara baharu belajar, bekerja dan mencari rezeki, yang mana satu perkara tidak berubah adalah semangat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!