Empat maut helikopter terhempas di Brazil
Insiden berlaku pada jam 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar itu, menurut ciapan Jabatan Bomba menerusi akaun Twitternya.
Menurut media tempatan, helikopter Robinson R44 Raven II dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara, lapor Xinhua.
Sao Paulo mempunyai 411 helikopter persendirian berdaftar, dengan 2,200 perjalanan harian direkodkan untuk 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!