Bekas tonggak Liverpool bersara awal
BEKAS pemain tengah Liverpool dan Lazio, Lucas Leiva mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak sekali gus menutup tirai kerjaya profesionalnya selama 17 tahun
akibat masalah jantung.
Pemain berusia 36 tahun itu bermain hampir 600 perlawanan dalam karier kelabnya, majoriti di Eropah, menandatangani kontrak dengan Liverpool pada 2007 sebelum berpindah ke Serie A Itali pada 2017 bersama Lazio selama lima musim.
Leiva kembali musim panas lalu ke kelab zaman kanak-kanaknya Gremio dengan membuat 17 penampilan dan menjaringkan tiga gol buat kelab Brazil itu sebelum diketepikan pada Disember setelah di diagnosis dengan masalah jantung selepas ujian rutin.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gremio atas semua sokongan dalam tiga bulan ini. Hari ini saya mengumumkan persaraan. Ia adalah tempoh yang sukar...
"Saya berakhir di tempat yang saya suka, namun bukan seperti yang saya suka. Tetapi saya pasti kitaran baharu akan bermula. Saya mempunyai banyak harapan bahawa ia boleh berbalik tetapi ia tidak berlaku. Kesihatan perlu diutamakan dahulu," kata Leiva pada sidang akhbar.
Sebagai rekod, Leiva yang pernah menjulang kejuaraan Bawah 20 tahun (B-20) Amerika Selatan pada 2007, juga memiliki 24 penampilan antarabangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!