Anwar sebak tonton petikan filem 'Anwar: The Untold Story'

Anwar (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Anthony Loke pada Kongres Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.
Anwar (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Anthony Loke pada Kongres Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika petikan filem 'Anwar: The Untold Story' dipertontonkan pada Kongress Khas PKR 2023 pada Sabtu.

Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak dan tidak mampu menahan air mata ketika petikan filem yang dilakonkan aktor Farid Kamil sebagai Anwar ditayangkan.

Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu turut dibintangi Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Wan Azizah), Piet Pagau dan Dewi Irawan yang dijangka ditayangkan pada Mei ini.

Filem tersebut mengisahkan ranjau politik Anwar yang juga Perdana Menteri, berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup figura reformasi itu ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.
Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.

Sebelum itu, Anwar merasmikan Kongress Khas PKR 2023 bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma yang turut dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan parti seluruh negara.

Turut dilihat hadir Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Tindakan Pertubuhan Kinabalu Progresif bersatu (UPKO).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!