Pelakon Lance Reddick meninggal dunia pada usia 60 tahun
Lance Reddick - Foto: Reuters
A
A
A
Dua minggu sebelum itu, Reddick menghadiri sidang media di Los Angeles untuk mempromosikan filem itu, lapor United Press International (UPI).
Reddick membintangi keempat-empat filem John Wick, bermula dengan filem asal pada 2014 sebagai Charon.
Reddick, 60, dilahirkan di Baltimore, dan terkenal dengan wataknya sebagai Lt. Cedric Daniels iaitu anggota polis Baltimore dalam drama HBO, dari 2002 hingga 2008.
Sebelum John Wick, Reddick muncul dalam filem termasuk The Guest, White House Down, Jonah Hex dan Don't Say a Word. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!