Perwakilan UMNO Gua Musang beri mandat pada Ku Li

Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
A
A
A

GUA MUSANG - Aura politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li masih belum 'padam' apabila perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang terus memberi mandat kepada tokoh itu untuk terus mengepalai pentadbiran di kawasan berkenaan.

Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang itu menyaksikan Ku Li mendapat 453 undi untuk meninggalkan jauh dua pencabarnya, Che Mohd Izani Che Musa dan Datuk Saari Lembut.

Che Mohd Izani memperoleh 46 undian, manakala Saari lima undi.

Ini merupakan kali kedua Ku Li dicabar sejak memimpin UMNO Bahagian Gua Musang selama 64 tahun.

Kali pertama Ku Li dicabar oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Datuk Bazlan Baharuddin pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang 2013.

Kemenangan itu menyaksikan Ku Li mengekalkan jawatan dan menjadi Ketua UMNO bahagian paling lama berkhidmat di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hasyim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, kemenangan besar memberi isyarat Ku Li masih relevan memimpin UMNO Bahagian Gua Musang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!