Perlindungan baharu suri rumah diperkenalkan

M. Kula Segaran
M. Kula Segaran
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia merancang memperkenalkan undang-undang baharu untuk menyediakan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi suri rumah.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, undang-undang baharu itu merupakan salah satu daripada dua perundangan yang diharapkan oleh kementerian dan bakal memberi manfaat kepada 1.4 juta suri rumah di negara ini.

Enggan mengulas lanjut, Kula Segaran berkata, undang-undang baharu itu masih di peringkat perbincangan.

"Butiran akan diumumkan secara berperingkat selepas kami mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan," katanya kepada pemberita pada sidang media berkaitan setahun pemerintahan PH di Putrajaya, hari ini.

Menurut Kula Segaran, undang-undang itu diwujudkan sebagai jaminan kepada suri rumah Malaysia.

Terdahulu, suri rumah dalam kumpulan B40 dibenarkan membuka akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan sekurang-kurangnya RM5.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!