Sembilan calon MKT UMNO peroleh lima undi

Keputusan semasa Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Sabtu.
Keputusan semasa Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan calon yang bersaing bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendahului dengan masing-masing meraih lima undi setakat jam 5 petang pada Sabtu.

Calon berkenaan ialah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Azian Osman, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Dalam perkembangan sama, lapan calon masing-masing memperoleh empat undi.

Ia termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin, Isham Jalil, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Seri Dr Ahmad Said, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah.

Sementara itu, empat calon lain masing-masing memperoleh tiga undi iaitu, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Lokman Noor Adam dan Datuk Johan Abd Aziz.

Seramai 95 individu bersaing bagi merebut jawatan ahli MKT UMNO pada pemilihan parti itu yang berlangsung di seluruh negara hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!