Mesyuarat UMNO Lahad Datu dicemari insiden pergaduhan

Kekecohan tersebut didakwa berlaku akibat provokasi daripada segelintir penyokong-penyokong calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO bahagian berkenaan. - Tangkap layar rakaman video tular
Kekecohan tersebut didakwa berlaku akibat provokasi daripada segelintir penyokong-penyokong calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO bahagian berkenaan. - Tangkap layar rakaman video tular
A
A
A

LAHAD DATU - Kekecohan dan pergaduhan tercetus di Dewan Sri Perdana di sini, ketika perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu sedang bersidang pada Sabtu.

Menurut sumber, kekecohan tersebut didakwa berlaku akibat provokasi daripada segelintir penyokong-penyokong calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun berucap, terdapat penyokong yang tidak berpuas hati menceroboh menaiki pentas.

Tindakan itu seterusnya menyebabkan lebih ramai lagi penyokong menaiki pentas sehingga mencetuskan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!