PN tak mampu tawan negeri PH - Rafizi

Rafizi - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Rafizi - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyifatkan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu menawan negeri pimpinan gabungan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang kerana sokongan pengundi dalam kalangan anak muda sudah beralih kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, meskipun terdapat perubahan sokongan dalam kalangan rakyat, namun ia tidak dilihat ketara di negeri seperti Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Peralihan undi itu banyak berlaku di Kelantan, Terengganu dan utara tanah air dan peratusan peralihan undi terhadap PN itu sebenarnya berpunca daripada kemerosotan dukungan terhadap UMNO.

“Data kini yang telah diperolehi telah memperlihatkan sokongan pengundi terutama kalangan anak muda beralih ke PH.

"Insya-ALLAH kita akan dapat memenangkan parti kita dalam pilihan raya akan datang,” katanya semasa ucapan penggulungan Kongres Khas Nasional PKR di Stadium Melawati pada Sabtu.

Kongres yang bertema Malaysia Madani: Pelaksanaan sebuah Idealisme dirasmikan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihak lawan hanya membawa ideologi nasionalisme songsang berbentuk fasis terhadap rakyat yang akan membawa justifikasi buruk terhadap negara.

Ujar beliau, tindakan itu mirip dengan jenayah perkauman yang pernah dilakukan di peringkat antarabangsa.

“Mereka bawa nama gelombang Islam dan hijau namun hakikatnya membawa ideologi fasisme,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!