Ketua UMNO Jasin dimenangi Dr. Akmal

Dr.Akmal (tengah) bersama barisan UMNO Bahagian Jasin sesi 2023-2026 selepas pengumuman keputusan pada pemilihan kali ini di Dewan Alamanda, Jasin pada Ahad.
Dr.Akmal (tengah) bersama barisan UMNO Bahagian Jasin sesi 2023-2026 selepas pengumuman keputusan pada pemilihan kali ini di Dewan Alamanda, Jasin pada Ahad.
A
A
A

JASIN - Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang pertama kali bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin berjaya menewaskan penyandangnya dalam pertembungan empat penjuru pada pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berusia 35 tahun itu memperoleh 340 undi sekali gus merupakan Ketua UMNO Bahagian termuda pada pemilihan kali ini.

Beliau menewaskan Datuk Hasan Abd Rahman yang sepenggal menjadi Ketua UMNO Bahagian Jasin dengan majoriti 194 undi setelah bekas ADUN Sungai Rambai itu hanya memperoleh 194 undi.

Manakala ADUN Serkam yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan memperoleh 151 undi, sementara Datuk Yusof Osman memperoleh 21 undi.

Keputusan yang diumumkan kira-kira jam 12.40 tengah malam turut mengumumkan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin disandang ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar setelah memperoleh 353 undi.

Bagi jawatan Timbalan UMNO Bahagian Jasin dimenangi Azman Abdullah dengan memperoleh 289 undi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!