Surau perlukan sumbangan

Pembinaan semula surau SMK Seri Tanjong masih dalam proses fasa terakhir.
Pembinaan semula surau SMK Seri Tanjong masih dalam proses fasa terakhir.
A
A
A

KUALA SELANGOR - RM100,000 dana sumbangan diperlukan untuk kerja baik pulih fasa terakhir surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong yang musnah dalam kebakaran tiga tahun lalu.

Yang Dipertua PIBG, Khairul Zamri Jamal berkata, sumbangan orang ramai masih diperlukan untuk menyiapkan kerja bagi fasa terakhir surau itu sebelum siap sepenuhnya.

Menurutnya, anggaran keperluan infak orang ramai dan badan korporat prihatin dalam RM100,000 lagi untuk pendawaian baharu elektrik dari blok sekolah ke surau.

“Selain itu, kos sama diperlukan untuk kerja pembinaan susur gajah yang berhubungkan bangunan sekolah dan surau, keperluan dalaman surau, ‘interlocking’, kelengkapan pendingin hawa serta pagar.

“Kami masih berusaha mencari dana bagi memastikan surau baharu ini dapat memberi keselesaan kepada 800 pelajar dalam satu-satu masa,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Zamri yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jeram itu memaklumkan, sambutan awam kempen kutipan derma untuk pembinaan semula surau itu berjalan lancar.

“Awal kutipan derma sebelum ini alhamdulillah berjaya mengumpulkan sejumlah dana bagi menyiapkan kerja tapak, pembinaan struktur bangunan dan sistem perpaipan.

“Jadi kami mengharapkan sokongan semua pihak dan untuk saluran dana sumbangan boleh terus ke akaun Bank Islam 12083 01002 5989 atas nama Surau Nurul Iman SMK Seri Tanjong.

Artikel Berkaitan:

“Penyumbang juga boleh menyalurkan ke akaun Maybank 0121 38500 439 atas nama PIBG SMK Seri Tanjong bagi memudahkan sumbangan atas talian,” katanya.

Pembinaan surau baharu itu bertujuan menggantikan surau lama yang sebelum ini musnah dalam kebakaran pada Disember 2016 lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!