12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
ISTANBUL - [KEMAS KINI] Gempa bumi kuat melanda Ecuador pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut Sekretariat Pengurusan Risiko negara itu.
Berukuran 6.7 pada skala Richter, gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan (1712GMT) dan sedalam lebih 65 kilometer.
Gegaran turut dirasai di Peru.
Sebanyak 11 kematian dilaporkan di El Oro dan satu di wilayah Azuay, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa.
Namun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Presiden Guillermo Lasso berkata, pihak berkuasa sedang menilai kerosakan dan meminta penduduk agar bertenang.
Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital, katanya. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!