Reman lelaki pukul pekerja restoran dilanjut

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
A
A
A

SEPANG - Reman terhadap seorang lelaki untuk siasatan kes pukul pekerja restoran di Cyberjaya di sini, dilanjutkan dua hari bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, reman terhadap suspek berusia 50 tahun itu dibuat selepas reman pertama selama tiga hari tamat hari ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan lelaki terbabit kini disambung reman selama dua hari sehingga Isnin.

“Polis sedang mengemas kini siasatan berhubung kejadian itu,” katanya pada Ahad.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki disyaki mabuk yang mengambil makanan dengan menggunakan jari di sebuah restoran di sini pada 16 Mac bertukar kecoh selepas ditegur pekerja premis berkenaan.

Siasatan awal mendapati lelaki itu datang bersama dua rakannya ke restoran itu untuk makan.

Salah seorang suspek disyaki mabuk ditegur kerana mengambil makanan menggunakan jari membuatkannya berang sebelum bertindak agresif dengan memukul pekerja berkenaan hingga cedera di leher, kepala, bahu kiri dan telinga.

Kekecohan turut berlaku membabitkan dua rakan suspek.

Susulan itu, polis telah menahan ketiga-tiga lelaki terbabit pada Jumaat secara berasingan.

Suspek pertama kemudian telah direman tiga hari bermula Jumaat manakala dua lagi rakannya yang memiliki rekod jenayah dan dadah juga direman tiga hari bermula Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!