Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Malaysia, ASEAN ambil langkah berhati-hati tangani isu Myanmar

A
A
A
BERITA SEMASA 2O MAC 2023

Malaysia dan negara ASEAN mengambil langkah berhati-hati dan bijaksana dalam menangani isu Myanmar supaya tiada ‘ledakan’ bagi kuasa-kuasa besar yang sedang mengintai untuk masuk ke rantau ini.

Justeru, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, usaha penyelesaian terhadap konflik di Myanmar bukanlah mudah kerana melibatkan banyak pihak berkepentingan dan bakal mengambil masa yang panjang.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Zambry berkata, Malaysia kekal konsisten dalam mendukung usaha mencari penyelesaian konflik di Myanmar, dengan pendekatan secara dua hala atau di peringkat serantau.

#BeritaSemasa #SinarHarian