Angka korban gempa bumi Turkiye meningkat 50,096

Angka korban akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye bulan lepas telah meningkat kepada 50,096, manakala 107,204 lagi cedera. - AFP
Angka korban akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye bulan lepas telah meningkat kepada 50,096, manakala 107,204 lagi cedera. - AFP
A
A
A

ANKARA - Angka korban akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye bulan lepas telah meningkat kepada 50,096, manakala 107,204 lagi cedera, menurut Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.

Pada 6 Februari, gempa berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah Turkiye - Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.

Lebih 13.5 juta orang di Türkiye terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat itu.

Sementara itu, Jerman akan menggandakan bantuan kewangannya sebanyak €240 juta (AS$257 juta) membabitkan wilayah yang terjejas di Türkiye dan Syria, Menteri Luar Annalena Baerbock mengumumkan pada Isnin.

Bercakap kepada pemberita di Brussels menjelang mesyuarat menteri luar EU, Baerbock berkata Jerman dan rakan kongsi Eropah akan menyokong usaha pembinaan semula bandar-bandar yang dilanda bencana.

"Selepas gempa bumi, Jerman dan EU menyalurkan bantuan segera untuk menyelamatkan orang ramai.

"Hari ini, pembinaan semula adalah keutamaan utama dan kami akan meneruskan bantuan,” katanya.

EU akan menganjurkan persidangan antarabangsa di Brussels pada Isnin untuk mengumpul dana bagi usaha bantuan, pemulihan dan pembinaan semula di kawasan yang terjejas. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!