Niaga hadapan emas ditutup tinggi
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 99 lot diniagakan.
Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,997.20 setiap troy auns.
Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$2,003.80 setiap troy auns.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,962.10 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 17 Mac, 2023. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!