Barang tiruan 'gred A' dirampas

Ariffin (kanan) menunjukkan antara barang disyaki tiruan yang dirampas dalam serbuan di premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ariffin (kanan) menunjukkan antara barang disyaki tiruan yang dirampas dalam serbuan di premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barang tiruan berkualiti tinggi bernilai RM300,000 yang disasarkan kepada pelancong asing dirampas dalam serbuan di tujuh stor di Jalan Petaling, di sini pada Isnin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, serbuan Op Putra 2.0 bermula jam 5 petang itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (Imigresen) serta pemilik cap dagang.

"Sebanyak 3,563 barang tiruan membabitkan beg, dompet, kasut dan jam tangan bernilai kira-kira RM300,000 berjaya dirampas. Ini adalah operasi kedua dijalankan di kawasan sama pada Mac.

"Siasatan mendapati, barang tiruan berkualiti tinggi ini dibawa masuk dari luar negara dengan mensasarkan pelancong asing sebagai pelanggan dan boleh dijual sehingga RM800 bergantung jenis barang," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Isnin.

Anggota KPDN memeriksa barang dalam serbuan di tujuh stor di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.
Anggota KPDN memeriksa barang dalam serbuan di tujuh stor di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan disyaki pemilik premis ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987.

"KPDN memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melanggar undang-undang sedia ada," ujarnya.Dalam operasi itu, Imigresen Kuala Lumpur turut menahan 14 warga asing termasuk empat wanita kerana gagal mengemukakan maklumat pengenalan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!