Projek lorong motosikal khas libat perbelanjaan besar

Anthony pada sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anthony pada sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa mengutamakan keselamatan penunggang motosikal menerusi perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya.

Menterinya, Anthony Loke berkata, MOT menyokong penuh sebarang cadangan untuk menaik taraf kemudahan penunggang motosikal termasuk lorong motosikal khas namun pelaksanaannya bukan oleh Kementerian Pengangkutan sebaliknya di bawah Kementerian Kerja Raya.

Menurutnya, pelaksanaan projek lorong motosikal khas di semua laluan melibatkan perbelanjaan besar ditambah dengan kekangan kewangan yang wujud.

"Tapi itu bukan alasan kita tidak mahu laksana agenda seperti itu."

"Walaupun kita tak boleh buat semua, tapi kita akan kenal pasti kawasan dan daerah mana bermasalah dan paling banyak berlakunya kemalangan motosikal," katanya ketika pada soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!