SinarPlus terbit buletin khas

SinarPlus menerbitkan buletin khas berkonsepkan komuniti, Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
SinarPlus menerbitkan buletin khas berkonsepkan komuniti, Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Julung-julung kalinya, SinarPlus menerbitkan buletin khas berkonsepkan komuniti, Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Memfokuskan kepada komuniti Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya, SinarPlus menyajikan kelainan dari segi pengisian di samping menawarkan diskaun pelbagai jenama pakaian terkemuka dan restoran untuk para pembaca.

Caranya cukup mudah, tunjukkan halaman Istimewa Ramadan kepada staf di premis terlibat, anda layak untuk menebus semua harga runtuh yang ditawarkan.

Demi menghargai para pembaca setia, buletin dalam bentuk e-paper berkenaan diberi akses secara percuma melalui pautan https://sinarplus.sinarharian.com.my/sinarplus-komuniti/.

Meen Tahrin
Meen Tahrin

Menurut Editor Eksekutif Gaya Hidup & Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin, berbeza dengan sisipan SinarPlus yang disiarkan setiap Ahad, buletin istimewa itu memuatkan konten yang berkait rapat dengan kehendak khalayak khusus pada musim perayaan.

“Menerusi segmen Bufet Kayangan, Bufet Bajet dan Lepak Moreh misalnya, kami mengetengahkan lokasi-lokasi bersifat legend termasuk beberapa destinasi baharu yang semakin popular.

“Menariknya, premis seperti Selera Nate memberi diskaun sebanyak RM8 jika anda menunjukkan paparan newsletter kepada mereka.

“Zada Kafe pula berbesar hati memberi harga promosi RM49.90 (berbanding RM59.90) jika tempahan dibuat sebelum 24 Mac ini.

“Warung Tiga Lima juga menawarkan menu moreh dengan potongan lima peratus untuk setiap pembelian makanan,” katanya.

Ujar Meen lagi, bagi segmen Let’s Bazar pula, sidang redaksi berjaya menemui beberapa peniaga yang menawarkan menu unik.

Antaranya Mee Sotong Mamu Jarum yang berjualan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Nasi Kandaq Tersandaq (Bazar Ramadan Seksyen 28), Murtabak Ngosek (Bazar Ramadan Seksyen 19) dan banyak lagi.

Jika masih menyimpan hasrat untuk menempah kuih raya, ramai usahawan yang dijamin memberi kepuasan turut disyorkan.

“Kepada yang tiada masa nak buat, boleh tunjuk-tunjuk saja di premis kuih yang dijamin kualitinya,” ujarnya.

Segmen Resipi Simple pula memuatkan tiga resipi lazat, dengan ramuan yang mudah dicari.

“Salah satu resipi itu, kami peroleh dengan menghubungi cef viral di Indonesia, Lina Tjoandra,” kata beliau.

Buletin Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam itu turut menyalurkan ilham buat golongan Adam dan si kecil berfesyen pada Aidilfitri nanti.

Jenama-jenama besar seperti Sofearose, Bokkita, D’Brooch, Qaysaa, Rosezie dan Casalwa memberi keistimewaan kepada pembaca dengan menawarkan harga yang berbaloi.

Menerusi segmen Rias, lokasi turut meliputi pusat urutan, penjagaan wajah dan menghiasi kuku.

Rasanya tidak sah jika tidak menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan tetamu, bukan?“

Jangan risau, kami telah menghubungi beberapa peniaga dan katering yang bersedia menerima tempahan bermula awal Syawal.

“Kepada yang ingin bercuti semasa musim perayaan, dua destinasi impian ramai seperti Villa Sajuri dan Imperia Asia Guest House memberi ganjaran memukau.

“Justeru, saya berpendapat, rugi jika orang ramai tidak melayari buletin percuma Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam keluaran sulung SinarPlus ini,” ujarnya.

Layari pautan https://sinarplus.sinarharian.com.my/sinarplus-komuniti/ mengakses e-paper, Istimewa Ramadan Komuniti Shah Alam secara percuma atau Klik Lifestyle - E-Paper di laman web SinarPlus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!