Peranan penting Spiderman dan Doraemon ‘hadir’ ke sekolah

Gelagat seorang murid Tahun Satu Mohd Hanif Adam Shah, 7, (tengah) ditemani kanak-kanak berpakaian kostum Spider-Man pada hari pertama pembukaan sekolah ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang pada Ahad. - Foto Bernama
Gelagat seorang murid Tahun Satu Mohd Hanif Adam Shah, 7, (tengah) ditemani kanak-kanak berpakaian kostum Spider-Man pada hari pertama pembukaan sekolah ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SESI persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2023 telah bermula pada Ahad membabitkan negeri-negeri di bawah Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu dan semalam untuk negeri-negeri Kumpulan B.

Merak Jalanan teruja melihat usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru dalam memastikan murid-murid terutamanya murid Tahun Satu yang kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan berasa seronok untuk ke sekolah.

Ada guru yang melakukan flash mob di pintu sekolah, ada sekolah yang mengupah maskot beruang malah ada murid yang berpakaian seperti Spiderman menyambut ketibaan murid-murid baharu di sekolah mereka.

Merak Jalanan memang tabik ‘spring’ dengan sebarang usaha di luar kotak yang dilakukan oleh guru-guru bagi memastikan murid-murid baharu ini tidak menangis kerana ditinggal ibu bapa.

Cabaran memastikan murid baharu ini tidak menangis bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Perlu ada skil memujuk dan tahap kesabaran tinggi yang amat diperlukan oleh para guru.

Malah peranan ibu bapa juga penting dan Merak Jalanan kagum inisiatif seorang ibu yang sanggup memakai kostum Doraemon ke Sekolah Kebangsaan Serting Ilir, Jempol semalam bagi menceriakan anaknya dan murid-murid lain yang memasuki Tahun Satu di sekolah tersebut.

Inilah perbezaan antara murid-murid zaman dahulu dan kini.

Budak dulu-dulu lebih berani dan kental.

Tidak perlu ibu bapa datang sekolah terjengah-jengah di tingkap memerhatikan gelagat dan kelakuan anak-anak mereka.

Budak-budak dulu memang pandai bawa diri masing-masing dan memang seronok ke sekolah kerana mahu mempelajari banyak ilmu baharu.

Tapi tidak mengapa, perjalanan murid-murid ini masih panjang untuk mengenal erti sebenar cabaran dan dugaan hidup.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!