Jerman, Bayern hilang 'mesin gol'
BINTANG Jerman meningkat naik, Jamal Musiala diketepikan daripada perlawanan menentang Peru dan Belgium selepas pemain sayap Bayern Munich itu disahkan mengalami kecederaan hamstring, kata pengendali Hansi Flick pada Selasa.
Sebagai rekod, Musiala merupakan antara 'mesin gol' yang juga pemain terbaik Bayern musim ini dengan 15 gol dan 12 bantuan gol dalam semua pertandingan.
Dia juga merupakan penjaring terbanyak kelab tersebut dalam Bundesliga dengan 11 gol.“Kami semua berharap Jamal akan cergas, kerana dia mempunyai kualiti yang cukup unik.
"Sebab itu sesungguhnya amat memalukan semua orang apabila dia tidak akan bersama kami.
"Kami berharap dia cergas semula secepat mungkin dan kembali bermain selepas perlawanan antarabangsa," kata Flick.
Perkembangan terkini itu juga membimbangkan Bayern yang akan menentang pendahulu liga Borussia Dortmund dalam pertembungan penentu kejuaraan apabila kedua-duanya kembali dari rehat antarabangsa di Allianz Arenapada 2 April depan.
Sebagai rekod, Dortmund mempunyai kelebihan satu mata ke atas Bayern selepas 25 perlawanan.Bayern juga akan melayan kunjungan SC Freiburg dalam perlawanan suku akhir Piala Jerman di Allianz Arena pada 5 April.
Pada 12 April depan pula, Bayern akan bertandang ke Stadium Etihad menentang Manchester City dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara.
Musiala merupakan pemain Jerman kedua yang diketepikan selepas pemain pertahanan Armel Bella Kotchap turut menarik diri akibat kecederaan bahu.
Pemain pertahanan AC Milan, Malick Thiaw dipanggil menggantikannya tetapi Flick memilih untuk tidak untuk Musiala.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!