Ratcliffe tidak akan bayar harga tidak masuk akal

Keluarga Glazers mahu menjual United dengan harga £5.9 bilion (RM32.39 bilion).
Keluarga Glazers mahu menjual United dengan harga £5.9 bilion (RM32.39 bilion).
A
A
A

JUTAWAN Britain, Jim Ratcliffe menegaskan dia tidak akan membayar harga tidak masuk akal untuk membeli Manchester United menjelang tarikh akhir bidaan yang semakin hampir.

Pemilik United, keluarga Glazer meletakkan kelab itu untuk dijual pada November lalu dan Ratcliffe adalah orang pertama secara rasmi mendaftarkan minat melalui syarikat bahan kimianya INEOS yang berpangkalan di London.

Dia kemudiannya adalah antara pihak yang mengemukakan bidaan awal pada Februari disusuli pelabur dari Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani.

Walaupun nilai sebenar bidaan tidak jelas, Glazers dilaporkan mencari pembeli yang sanggup membayar sekurang-kurangnya £5.9 bilion (RM32.39 bilion) sekali gus menjadi bayaran rekod dunia baharu untuk sebuah pasukan sukan.

Kelab itu dianggarkan bernilai £4billion (27.45 bilion) oleh Forbes tahun lepas.Laporan terbaharu menyatakan bahawa Ratcliffe dan Sheikh Jassim dijangka menyerahkan tawaran rasmi minggu ini.

Bercakap mengenai proses itu kepada Wall Street Journal, Ratcliffe berkata:

"Bagaimana anda menentukan harga lukisan? Bagaimana anda memutuskan harga rumah?

"Ia tidak berkaitan dengan kos untuk membina atau berapa kos untuk cat rumah tersebut.

"Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar 'harga bodoh' untuk sesuatu kerana kemudian anda akan menyesal," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!