Minyak masak peket stok Ramadan cuba diseludup ke negara jiran

Azman (kiri) dan pegawainya menunjukkan minyak masak peket stok Ramadan berjumlah 9,350kg yang dirampas.
Azman (kiri) dan pegawainya menunjukkan minyak masak peket stok Ramadan berjumlah 9,350kg yang dirampas.
A
A
A

KOTA BHARU - Minyak masak peket stok Ramadan berjumlah 9,350 kilogram (kg) gagal diseludup ke negara jiran apabila ia dirampas semasa Operasi Bersepadu di Pengkalan Datu, Sering di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 2 petang, hasil maklumat risikan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Polis dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali telah mengesan aktiviti tersebut di sebuah premis.

Pengarah KPDN, Azman Ismail berkata, semasa pemerhatian beberapa orang lelaki sedang memunggah kotak-kotak disyaki berisi minyak masak bernilai RM62,375 dari premis tersebut ke dalam sebuah kereta berpendaftaran tempatan.

"Kami telah membuat serbuan dan berjaya menahan empat suspek berusia 25 hingga 40 tahun bawah Aka Kawalan Bekalan 1961

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan urusniaga borong runcit barang kawalan tersebut," katanya semasa sidang akhbar di stor penyimpanan barang kes KPDN Kelantan, Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket tersebut ialah bekalan minyak diperolehi daripada luar Kelantan dan akan disimpan sementara di suatu tempat.

Ujarnya, bahan mentah itu kemudian akan dibawa ke pengkalan haram sekitar sempadan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!