29 lokasi seluruh negara diperkenan melihat anak bulan Ramadan

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja. - Foto fail/Astro AWANI
Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja. - Foto fail/Astro AWANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja memaklumkan 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan petang ini.

Ini akan disusuli pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja malam nanti.

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja

Antara lokasi terlibat untuk melihat anak bulan Ramadan adalah di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Selain itu, di Negeri Sembilan ia melibatkan Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.

Di Selangor, Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Lokasi lain untuk melihat anak bulan Ramadan adalah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid al-Hussain Kuala Perlis, Perlis. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!