Chilwell kembali ke pangkuan England

Chilwell bersedia memperkuat skuad England dalam saingan kelayakan Euro. - Foto Agensi
Chilwell bersedia memperkuat skuad England dalam saingan kelayakan Euro. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN pertahanan Chelsea, Ben Chilwell tekad kembali lebih kuat bersama skuad England selepas tersisih daripada saingan Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu akibat kecederaan.

Chilwell mengalami kecederaan koyak hamstring menjelang kejohanan tersebut sekali gus digugurkan oleh pengendali England, Gareth Southgate.

"Sudah tentu daripada segi mental ia sangat mencabar.

"Semua pemain bola sepak melalui tempoh berdepan cabaran mental. Anda perlu mempunyai daya tahan yang kuat untuk mengharunginya," katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu memperoleh semula prestasinya selepas kembali ke Chelsea pada Februari.

Menyaksikannya dipanggil semula menyertai England bagi kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine.

"Saya cuba mengubahnya (ujian mental) menjadi situasi yang positif.

"Jadi saya boleh memperbaiki diri daripada segi mental dan fizikal. Apabila kembali beraksi, saya bersedia untuk membantu Chelsea dan England," katanya.

Penantian England untuk menjulang trofi utama itu sejak 1966 berterusan selepas anak buah Southgate tunduk kepada Perancis pada peringkat suku akhir di Qatar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!