Butik Izzlyku mesra ibu dan bayi

Beri keselesaan kepada pelanggan dan kanakkanak dalam suasana ceria

A
A
A

Butik pertama Izzlyku.
Butik pertama Izzlyku.

SHAH ALAM - Izzly Global Empire Sdn Bhd melancarkan Butik Ibu dan Bayi Izzlyku berkonsepkan mesra ibu dan anak untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung yang ingin membeli-belah di butik berkenaan.

Pengasasnya, Nor Dahlia Dahili berkata, idea pembukaan butik yang terletak di Sentul Perdana, Kuala Lumpur ini tercetus apabila ingin memberi kemudahan kepada golongan ibu yang mempunyai anak kecil supaya dapat membeli-belah dalam keadaan selesa.

"Dahulu kami menghasilkan produk sendiri jenama IZZLY. Antara produk paling laris iaitu serbuk ayam, merupakan pengganti garam bagi makanan bayi.

"Selepas kita lihat pasaran bayi ini berkembang di satu tempat sahaja, jadi kami terfikir untuk meluaskan lagi cabang yang ingin diceburi dengan membuka butik berkonsepkan mesra ibu dan anak," katanya.

Menurut Dahlia, golongan ibu yang ingin membeli-belah sering menghadapi kesukaran di mana perlu berhadapan situasi anak meragam, menukar lampin, menyusu dan sebagainya.

Justeru, beliau mendapat idea tentang perlunya membuka sebuah butik yang mempunyai konsep boleh membeli-belah selain anak-anak diberi makan di satu tempat dan ruangan khas.

Ruang penyusuan bayi dan ruang permainan untuk kanak-kanak yang disediakan dalam butik Izzlyku.
Ruang penyusuan bayi dan ruang permainan untuk kanak-kanak yang disediakan dalam butik Izzlyku.

"Kami ubah suai kedai dengan konsep warna-warni bagi membolehkan kanakkanak yang datang ke sini dalam suasana yang ceria dan berasa gembira.

"Selain itu, kami turut menyediakan ruangan menyusu, surau dan tempat permainan anak-anak supaya memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang terutamanya mereka yang membawa anak kecil," ujarnya.

Rancang buka cawangan

Dahlia juga merancang untuk membuka cawangan butik seterusnya di Tanah Merah, Kelantan dalam masa terdekat.

"Mungkin dalam tiga hingga empat bulan lagi saya akan buka cawangan di Kelantan dan pengumuman akan dibuat kepada sesiapa yang berminat menjual semua produk bayi dan ibu berpantang.”

"Bukan setakat ibu berpantang malah barangan ibu mengandung dan produk bayi turut dijual," katanya.

Dalam pada itu, Dahlia turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen bagi Butik Izzlyku.

"Kami menyediakan platform untuk orang ramai menjana pendapatan sebagai ejen Izzlyku dengan menjual barangan yang terdapat di butik ini.

Dahlia (kanan) bersama para tetamu semasa majlis pelancaran butik Izzlyku.
Dahlia (kanan) bersama para tetamu semasa majlis pelancaran butik Izzlyku.

"Selain itu, inisiatif kami sebagai ‘Young Living Brand Partner’ juga menyediakan sudut 'Young Living Mini Experience Centre' di butik Izzlyku, membolehkan orang ramai mendapatkan info dan khidmat nasihat berkaitan minyak pati Young Living kepada seisi keluarga," ujarnya.

Beliau juga berhasrat untuk merekrut lebih ramai ejen dan membuka cawangan di beberapa kawasan bagi membolehkan pelanggan dari negeri lain mendapatkan produk ibu dan bayi dari Butik Izzlyku.

Jelasnya, Izzlyku bukan sekadar butik atau kedai runcit (retail), tetapi platform untuk orang ramai menjana pendapatan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Sementara itu, mengulas mengenai makanan bayi yang dihasilkannya, kata Dahlia ia bermula menerusi kajian yang dilakukannya semasa menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UiTM dalam bidang Sains Forensik.

“Saya menjalankan kajian tentang kematian mengejut semasa di peringkat sarjana dahulu, antara sebab kematian yang paling tinggi di Malaysia adalah pemakanan seperti penyakit jantung dan juga kanser.

"Pembelajaran semasa pengajian sarjana dahulu telah membuka mata saya dan memberi kesedaran akan kepentingan menjaga pemakanan. Sekitar tahun 2015, kami bermula dengan membuat serbuk ayam, serbuk bilis dan serbuk beras. Kaedah pemprosesan yang terpilih ini boleh memaksimumkan nutrisi di dalam makanan," katanya.

No Image Caption

Mengulas lebih lanjut, Dahlia turut mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada bahagian Teknologi Makanan dari Universiti Putra Malaysia.

"Saya melakukan kajian untuk menghasilkan produk makanan yang berkualiti. Keutamaan saya adalah bagi memastikan produk yang dihasilkan itu tidak mendatangkan kemudaratan dan benar-benar sihat," jelasnya.

INFO

Facebook: @Izzly Ku

Instagram: @izzlyku

Boutique: G-8, Desa Sentul Village, No. 10 Jalan Sentul Perdana, 51000 Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!