Henti aksi EPL beri pemain berbuka puasa

Mahrez. Foto Agensi
Mahrez. Foto Agensi
A
A
A

LIGA Perdana Inggeris (EPL) perlu membenarkan pengadil menghentikan seketika perlawanan bagi memberi peluang pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan ini.

Jawatankuasa pengadil mahu pegawai perlawanan diberikan panduan sesuai agar pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.

Tempoh Ramadan adalah sepanjang sebulan.

Pengadil turut disaran mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.

Antara pemain yang menjalani ibadah puasa ialah penyerang Liverpool, Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante dan sayap Manchester City, Riyad Mahrez.

Mereka yang menjalani ibadah itu tidak makan dan minum pada waktu siang.

Sebagai rekod pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selepas setengah jam bermula.

Ia bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!