Cedera di paha, Haaland terlepas aksi bersama Norway

Haaland mengalami kecederaan pangkal paha. - Foto Agensi.
Haaland mengalami kecederaan pangkal paha. - Foto Agensi.
A
A
A

PENYERANG sensasi, Erling Haaland terlepas aksi bersama skuad Norway dalam saingan kelayakan Euro 2024 akibat kecederaan pangkal paha.

Pemain berusia 23 tahun itu akan kembali ke kelabnya, Manchester City untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Haaland menyertai rakan sepasukan di Norway ketika mereka bersedia untuk menentang Sepanyol dan Georgia, namun dia ketika ini sah tersisih daripada kedua-dua aksi tersebut.

Doktor pasukan Ola Sand berharap Haaland berpeluang sembuh menjelang hujung minggu ini, namun selepas menjalani pemeriksaan ia tidak sempat pulih.

“Adalah lebih baik dia menerima rawatan susulan di kelabnya,” ujar Sand kepada laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Norway.

Haaland melakar hatrik ketika City menewaskan Burnley 6-0 dalam suku akhir Piala FA hujung minggu lalu.

Sebelum itu Haaland meledak lima gol ketika membantu The Citizens menang 7-0 ke atas RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara.

Pengurus Norway Stale Solbakken memberitahu, biarpun tidak dapat beraksi Erling tetap mengambil berat tentang perjuangan rakan sepasukan dalam aksi tersebut.

“Masih terdapat banyak keyakinan diri, bakat dan perpaduan erat dalam kalangan pemain untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!