Syamsul Yusof nafi Ira Kazar hamil
SHAH ALAM - Pengarah filem, Syamsul Yusof menyifatkan dakwaan bahawa isteri keduanya, Ira Kazar sedang berbadan dua sebagai fitnah.
Portal media tempatan melaporkan, Syamsul mendakwa, segala khabar angin berhubung perkara tersebut adalah tidak benar.
“Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini?
"Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? "Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung).
“Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung)," katanya.
Pada 16 Januari lepas, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Shamsul secara baik dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, pada 7 Mac lepas, Mohd Shamsul enggan menceraikan Puteri Sarah kerana tidak bersetuju dengan permohonan itu.
Pada prosiding itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memohon untuk melalui proses hakam keluarga tanpa melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan perceraian namun peguam Roshdan Sujak yang mewakili Mohd Syamsul membantah.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Akmaluddin Ilyas kemudian memerintahkan pasangan itu melantik wakil JKP selepas memutuskan bahawa tiada keadaan luar biasa dalam permohonan Puteri Sarah untuk tidak melalui proses JKP dan terus ke hakam keluarga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!