Angka kematian letupan bom di Sri Lanka kini 359

No Image Caption
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA.Jumlah kematian ekoran beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad lalu kini meningkat kepada 359 orang.

Angka kematian dilaporkan meningkat berikutan kematian mangsa yang mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, pihak polis setakat ini telah menahan seramai 60 orang untuk disoal siasat berhubung serangan yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka itu.

Menurut kerajaan Sri Lanka, serangan yang dianggap terburuk itu dilakukan kumpulan militan tempatan, National Thawheed Jama'ut (NTJ) yang mendapat sokongan pihak luar.

"Terdapat bukti mengatakan serangan mungkin mempunyai kaitan dengan pihak luar (Daesh) dan pihak kami masih menyiasat dakwaan itu," kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe kepada media. - AFP

KAPSYEN: Anggota keselamatan memeriksa bahagian dalam Gereja St. Sebastian di Negombo, Sri Lanka sehari selepas gereja berkenaan menjadi sasaran letupan bom yang hingga kini meragut lebih 300 nyawa. - FOTO AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!