Thai Hot Guy: Tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh

Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy.
Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang akan menganjurkan acara hiburan hujung bulan ini.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin menerusi kenyataan memaklumkan, hasil siasatan DBKL mendapati premis tersebut dilesenkan sebagai restoran Syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

"Walau bagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021," katanya pada Rabu.

Menurutnya, siasatan juga mendapati tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau untuk menjalankan aktiviti hiburan dibuat.

"DBKL dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur," katanya.

Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy yang merupakan tetamu undangan penghias poster.

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengkritik tindakan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!