Asyraf Wajdi sedia galas tanggungjawab
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang baharu.
Dalam satu perkongsian di Facebook pada Rabu, beliau mengharapkan segala urusan dalam memegang amanah tersebut akan dipermudahkan.
"Ya ALLAH, permudahkanlah aku untuk menggalas amanah agama dan bangsa. Sesungguhnya hambamu ini lemah dan tiada upaya melainkan dengan kudrat dan rahmatmu jua.
"Di ambang Ramadan pada petang yang barakah ini, saya dengan rendah diri mohon doa daripada semua buat diri ini," katanya.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perlantikan Asyraf Wajdi sebagai Setiausaha Agung yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlils Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Kuala Lumpur pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!