Guru dikhuatiri lemas dihanyut arus
Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa Abd Rauf Mohd Zulkarnain, 27, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiara Permai, Sentul, Kuala Lumpur pada mulanya mandi di sungai tersebut pada jam 3.40 petang.
Menurutnya, turut mandi bersama mangsa ialah adiknya, Abdul Wafi, 17 dan dua lagi rakannya iaitu Farizal Azim Makhtar dam Zulzakir Zamarudin masing-masing juga berusia 17 tahun.
“Selepas setengah jam (4.10 petang), kesemua mereka dihanyutkan arus sejauh 400 meter dan mangsa dilihat tenggelam.
"Bagaimanapun tiga yang lain berjaya naik ke tebing dan mendapati mangsa tidak timbul-timbul. Sejurus itu, adik mangsa terus membuat laporan polis,” katanya.
Zulkifli berkata, mangsa yang berasal dari bandar Permaisuri dikatakan baru tiba dari Kuala Lumpur di sini pada awal pagi tadi untuk bercuti.
Menurutnya, susulan kejadian itu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat Setiu serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk mencari mangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!