Enam individu hina Islam, Rasulullah SAW dikenal pasti

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Kamarul Zaman
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Kamarul Zaman
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah mengenal pasti enam individu dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua individu berkenaan dikenal pasti hasil tindakan serta siasatan yang dijalankan oleh pihak Bukit Aman.

“Enam orang telah dikenal pasti (terlibat) dalam menyebarkan video tersebut baru-baru ini.

“Apa pun, lebih baik mereka datang (serah diri) kepada pihak polis daripada kita datang ke tempat mereka,” katanya pada Khamis.

Untuk rekod, video berdurasi 1 minit 17 saat di aplikasi TikTok itu tular sejak Selasa lalu dengan memaparkan empat lelaki yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mereka juga mengakui menyokong ajaran ‘Si Hulk’ yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021 lalu.

Sementara itu Kamarul Zaman turut mengesahkan ada menerima laporan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun katanya, laporan seumpamnya turut diterima di beberapa negeri lain termasuk di Bukit Aman.

“Sebenarnya, banyak lagi siasatan di negeri-negeri lain, termasuklah di unit siasatan jenayah terancang Bukit Aman.

“Selain itu, difahamkan dalang dalam perkara ini juga telah dikenal pasti. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!