K-Pop: Gesa KBS ambil kira pandangan setiap sudut

Mas Ermieyati bersalaman dengan seorang warga emas ketika menyantuni keluarga warga emas itu di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah, di sini, hari ini. (Gambar kecil: Mas Ermieyati)
Mas Ermieyati bersalaman dengan seorang warga emas ketika menyantuni keluarga warga emas itu di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah, di sini, hari ini. (Gambar kecil: Mas Ermieyati)
A
A
A

ALOR GAJAH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disarankan melihat setiap sudut pandangan dalam usaha membawa masuk kumpulan terkenal Korea Selatan, K-Pop ke Malaysia.

Bekas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun usaha ini akan mendatangkan kesan baik seperti mampu menarik kehadiran pelancong luar seperti Thailand dan Singapura, namun dalam masa yang sama tidak mustahil pengaruh BTS akan memberi impak negatif kepada golongan belia mahupun negara.

Menurutnya, pelbagai inisiatif lain yang lebih relevan dan boleh dilaksanakan dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 termasuk memberikan geran-geran kepada pengusaha pelancong.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya sekiranya semua aspek diambil perhatian dan segala yang tidak baik itu dibendung di peringkat awal, ia tidak akan memberi sebarang masalah.

"Jika betul, kementerian itu perlu mengimbangi agar tidak memberi kesan mahupun pengaruh yang tidak baik kepada negara hingga boleh menjejaskan nama baik Malaysia.

"Sebenarnya banyak inisiatif lain yang boleh dilakukan dengan memperbanyakkan iklan-iklan dan tambahkan promosi produk pelancongan dan sebagainya, kerana itu lebih baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KBS dalam usaha bawa kumpulan K-Pop BTS ke Malaysia

Mas Ermieyati berkata demikian selepas menyantuni golongan kurang bernasib baik menerusi program turun padang di 12 buah rumah dalam Parlimen Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan pihaknya dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS ke Malaysia tahun depan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Difahamkan usaha itu dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!