Pizza Hut lancar Spicy Krunch
PIZZA Hut telah melancarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster.
Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar piza.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, kerjasama antara dua jenama hebat iaitu Mamee Monster dan Pizza Hut mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak dijangka tetapi kami merasakan piza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.
“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama.
"Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha menginovasikan piza kami agar setiap hidangan tidak dapat dilupakan oleh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
Chong berkata, Piza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup, sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.
“Sama seperti hari raya yang kunjung tiba hanya setahun sekali, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup.
"Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7," katanya.
Selain itu, bermula 27 Mac hingga 13 April 2023, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut.
Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran berdekatan untuk makan di restoran atau bawa pulang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!