Kongsi Rezeki Ramadan agih 3,000 bungkus makanan kepada asnaf
SHAH ALAM - Program Kongsi Rezeki Ramadan menyasarkan agihan 3,000 bungkus makanan iftar kepada pelajar asnaf di sekitar Lembah Klang sepanjang bulan ini.
Bekas Pengarah Media dan Strategi Komunikasi Perdana Menteri kesembilan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, ia adalah satu usaha untuk membantu golongan tersebut sekali gus menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat mereka.
“Alhamdulillah semalam dapat kami laksanakan untuk 200 pelajar di Kolej Poly-Tech Mara Bangi, Selangor bersempena iftar pertama.
“Program ini dinaungi bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disumbang oleh para dermawan,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!