Khemah berlantaikan tanah jadi tempat tinggal
BERITA SEMASA 24 MAC 2023
Seorang lelaki sebatang kara terpaksa tinggal dalam sebuah pondok usang segi tiga seluas 0.3 meter x 0.6 meter di Taman Pewira, Batu 11, Batu Gajah, Tanah Merah, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Menetap di sebuah pondok yang hanya berlantaikan tanah cukup merumitkan Zakaria Othman, 58, untuk menguruskan kehidupan seharian dengan sempurna.
Menurut bapa kepada enam anak ini, dia pernah mencuba untuk membina rumah di hadapan tapak pondok tersebut namun terbengkalai kerana kudratnya yang semakin lemah dan tidak mempunyai wang untuk membina sebuah rumah di atas tanah yang ditumpangkan oleh kakaknya.
Orang ramai yang ingin membantunya boleh hubungi rakan Zakaria di talian 013-979 1789 (Muhammad Nasir Mustapha) atau salurkan ke akaun Zakaria Othman CIMB Bank 7613341878.
Artikel: http://bitly.ws/C3dN
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian