KKM pantau bazar Ramadan

Seorang pengunjung mengimbas kod QR Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Putrajaya 2023 di Presint 3 hari ini. - Foto Bernama
Seorang pengunjung mengimbas kod QR Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Putrajaya 2023 di Presint 3 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemantauan ke atas bazar Ramadan di seluruh negara.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pemantauan yang akan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) termasuklah pemeriksaan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini bagi memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan walkabout di Bazar Ramadan Presint 3, pada Jumaat.

Aktiviti walkabout itu adalah merupakan kick-off bagi pelancaran Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 yang dimulakan di bazar Ramadan sekitar Putrajaya.

Pada masa sama Dr Zaliha turut melancarkan kod QR aduan kebersihan dan keselamatan makanan Bazar Ramadan Putrajaya.

"Medium ini memudahkan orang ramai untuk menyalurkan secara terus setiap aduan dengan tindak balas dalam tempoh 24 jam," katanya.

Ujar beliau, KKM turut akan membuat ujian terhadap sampel rawak bagi mengenalpasti tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.

"Kita tahu di musim sebegini kebersihan makanan sangat penting. Contohnya ada jumpa rambut, bendasing, makanan basi atau sebagainya.

Ini semua untuk mengelakkan keracunan makanan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!